Pages

28 January 2017

Tetiba muncul setelah tenggelam lama,kini bernyawa apakah panjang tanjuk kau ni

Semalam ada bertanya pada kawan kawan Facebook,

"Berapa ramai disini yang masih suka baca blog?"

terus terang aku tak sangka ada yang masih suka baca blog. Kudos temen temen,ada sangat hebat. 3 tahun dulu bab mengarang blog aku pun suka. Siap buat kawan di kalangan para blogger lagi. Tapi aku blogger picisan sahaja.. 

Dahulunya banyak bercerita perihal Ziyyad..dan tadi sebelum menaip entry ini pun, aku buka kembali satu persatu kisah Ziyyad yang aku coretkan disini, sambil Ziyyad ada di sisi.. kami mebaca bersama-sama. Mungkin ada bagusnya aku tak buang langsung ansfadilah.blogspot ni, ada juga benda yang boleh aku tinggalkan buat tatapan Ziyyad esok besar.

Nampak dia baca dan rasa terharu.. Ziyyad dah Sembilan tahun dah..masih tak punya adik. Kawan kawan blogger lain ada anak nak masuk 4-5 dah. Alhamdulillah.

Dalam beberapa tahun tak kemaskini blog ni,memang tak sangka kenapa terarah halatuju (halatuju??) hidup aku kini buat MLM. haa kau MLM. Multi Level Marketing. Aku jual Young Living Essential Oil.. Haaaa aku pun terkejut dengan pilihan aku ni sebenarnya. Dulu,aku adalah antara orang paling mengutuk keras akan orang-orang MLM yang ntah hapa hapa. Jual produk merepek tak masuk akal. Lepastu tunjuk lifestyle dengan handbag jenama yang kau sebut pun ntah betul ntah tidak,lepastu beli beemer tunjuk tanda bagus.

Tapi tulah,jangan mengata sangat. Tengok sendiri pun join MLM. TAPI! TAPI...haaa ada tapi dia..

Tapi tu aku cerita lain hari jelah..korang ni kang aku cerita MLM mula la kata aku nak ajak minum kopi buat pinjaman bank ke apa ke.HAHHAHAHAA..

oh dear me..



No comments: