Pages

17 June 2013

SURPRISEEEE! (gaya eric)

terkejut tak terkejut tak!

ini cerita sabtu saya.

Minggu lepas saya sangat down dengan kerja.Hati tak keruan. Jadinya menyinggah pergi Queensbay Mall,hajat dihati nak tenteram kan jiwa..kononnya.Keluar masuk kedai. Masuk Daiso, keluar Daiso..ingat nak membeli apa papa patut atau tak patut.hahaha.. Tapi ntah...takde mood. Saja gatal nak tengok tengok je

Akhirnya kaki masuk kedai Clarks..Jenama kasut yang dah 10 tahun saya pakai. Kasut kerja sedia ada ni pun dah 5 tahun hah pakai..masih elok,pakai sampai lunyai. The reason being i like clarks pasal satu dia comfy,dan satu lagi saya ada saiz. Kaki dongga kann..hahahah. Memang niat hati nak cari kasut untuk workwear. Nak yang wedges la tapi..cuba satu persatu mana yang wedges..try letak balik try letak balik..memang ada berkenan betul dengan satu kasut. Tapi wallet tak berkenan dengan harga tu.. Ah..takpelah kata hati kecil saya. Hujung bulan kalau ada rezeki lebih,saya belilah..kalau takde,sokay..there is always another time another day.

Ntah macam mana sabtu lepas,suddenly husband tanya saya "sayang..sayang pakai kasut saiz apa?" without suspecting anything i said "saiz 7,tapi tengok la kedai mana...kaki dila ni ikut kedai..clarks 7,kedai lain tanya hat paling besaq,awat nak belikan kasut ke?" tanya saya direct je,lelaki tak faham cryptic message atau bahasa berlapik ni..hahahah XD . He said "dok aih..kasut sayang tu banyak kat rumah mana tamau pakai abang nak derma je" ...i went "oooo...ok" dan teruskan buat kerja.

Saya pun tak harap dia belikan kasut. Saya tahu keadaan kewangan kami priority nya kemana. Jadi takde masalah pun.Tak memaksa,kesian suami kalau dipaksa dan mahu sangat diturutkan kehendak isteri. Kalau dia mampu lain cerita. 

So suddenly dalam petang hari Khamis,ayah mertua saya sms "Mai umah ayah,ada surat suh pi ambil barang pos laju,tadi ayah takdak di rumah". Dalam hati saya "apa barang lagi aku beli ni?...barang ebay dah sampai...shawl dah sampai..menang peraduan kot" LOL! boleh menang peraduan. Masuk peraduan pun tak, dah menang. Only on Friday evening,baru dan pi rumah ayah...sabtu baru dapat pi ambil.

Kena pi lebuh victoria ,yang nasib baik dekat dengan opis...dan kebetulan saya kerja sabtu tu.. dan dapatlah saya parcel ini dari kakak saya di KL.



dibalut cantik dan kemas siap riben bebunga cinta lagi. Mama saya balutkan riben kakak saya kata. So sweet my mama kannn..heee..Upon receiving my parcel terus send tis pic thru wasap,kasitau kat kakak dan  adik... well they know me better...hahahaha


Kakak suruh saya sabar dan buka pada hari isnin (my actual birthday), tapi yelah perangai saya memang tak sabar..hahahha 



Bila buka je,saya dapat kasut. Bukan sebarang kasut,tapi kasut yan gsaya cuba di queensbay hari tu. Rasa nak nanges. serius. Mama siap selit resit takut kalau salah saiz boleh tukar. So ever thoughtful my mama. Kasut ini jadi pilihan hati saa pasal satu dia wedges,dan satu lagi pasal tapak dia tu. Comfy gila. Kasut kerja idaman hati..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah. terima kasih kaknaz,terima kasih mama babah (tolong balut and poskan),dah suami cinta hati bersekongkol sama dalam menjayakan rancangan.

Semoga Allah membalas dengan perkara yang lebih baik berlipat kali ganda :')

Ye,saya sudah 30 tahun..menginjak ke angka baru..Alhamdulillah,masih lagi mampu bernyawa (ini schedule post,kalau kata ajal hari ini,siapa yang akan tahu). Ye...sudah tua. yay!

p/s: Till we meet in Jannah kesayangan ku :)

2 comments:

Farrah Diana said...

welcome to 3 series..
sweetnye family awak..

Ayu Zan said...

besttnya akak dapat hadiah.. :)

salam kenal..