Pages

05 November 2012

bird sea nest

sekarang ni,semua pakat duk sibuk guna kollagen. Saya pun teringin juga nak cantik,gebus dan mulus. Tapi apakan daya kollagen from renowned name such as kinohimisu tu mahai.

Jadi ntah macam mana berjumpa denga ibu kollagen atau nama saintifik dia  Eucheuma cottonii (boleh google tentang journal yang ramai penyelidik dah buat)

rumpai laut ni kaya dengan iodine,magnesium,yada yada blabla..go read ok.hahaha

so does this rumpai laut contained collagen?the answer is yes. nah baca,kalau malas nak google http://en.wikipedia.org/wiki/Collagen 

banyak dah sekarng orang jual ibu kollagen,i like to called it seaweed aje.well obviously it is seaweed.duhhh. ada banyak harga,korang pilih la rasa berkenan ikut memasing,tapi memang  murahla,saya beli dari kawan RM15 saje per 100g. Ye rasa sikit kan,tapi try la mask dengan 2.5L air. tu macam stok sebulan punya kollagen. most of these seaweed datang dari Semporna,Sabah,kerana perairannya yang sesuai.

preparation memang renyah,tapi nama pun murah kan...nak siap sedia minum bayar la mahal dengan segala additif lain. yang saya beli memang rumpai laut kering tu hah dia bagi,packaging pun tak fancy,pelastik je u olls.

bila dapat tu,terus basuh bilas banyak kali to get rid of the hanyir,dah basuh bilas (saya siap ramas) rendam overnight. dah rendam overbight bilas lagi a few times,letak bawah running water pun ok. Masak kan rumpai laut yang dah bersih tadi dalam 2.5 liter air. masak sampai dia larut macam jadi jelli. dah sejuk simpan dalam peti ais.

the smell is still there,tapi tak la hanyaq sangat.boleh tahan lagi. bau dia macam bau laut (dey,whaddaya expect the rumpai laut tinggal kat laut kann..hahah) . how i used it?

1. campur sesudu dalam air sunquick minus the sugar,larut kan sat jeli rumpai tadi,lepas tu minum je macam biasa takde ketul jelly pun

2.ambil je jelly tu sikit,sapu kat muka jadi masker,been doing tis for few days, Ziyyad kata muka saya nampak putih,tapi macam tak yakin as my skin is fair.tapi mungkin bertambah seri ke apa wallahualam.

3.sometime i drink it with milo. Milo Kollagen,kau mampu. hahahahah! XD

baru start on 2/11/2012 haritu,tengok la hasil dia macam mana nanti,beseri macam datin rosmah ke apa ke kan. eh.


gambar besar: rumpai laut yang dah direndam overnight,sebelah dia tu dia dah sejuk jadi jelly, setiap pagi saya ambil sesudu bancuh dengan sunquick,siapa dare devil makan je lah sesudu tu,tabah jelah nak cantek katanya.

barang di ingat,rumpai laut kaya snagat dengan iodine,pengambilan yang terlebih boleh menyebabkan keracunan iodine. kalau terasa demam,cirit berit muntah,minum segelas susu,tak nak minum susu pegi klinik jumpa tabib. XD

dulu kat sabah saya selalu je nampak orang jual tepi jalan,tapi ntah kenapa tak berminat sangat nak ambil tahu. Siap buat ulam ini rumpai laut bah,tapi saya ndak pernah cuba.

banyak kandungan nutrient dan ada wound healing property juga. macam gamat. I do take gamat healing masa DnC suatu masa dulu, 3 bulan lepas tu ada ziyyad dalam rahim.eh,kesitu pula. itu semua kuasa Dia, kita berusaha je kan :) Minyak gamat langkawi tu sentiasa ada dalam rumah ni,kat bilik tidur kat dapur kat ruang tamu semua ada. senang,luka sikit buh,calar sikit buh. cepat darah berhenti dah luka ceat sembuh. 

tak mustahil anti kanser juga nanti,memang ada kajian dah dimana seaweed inhibit dan supress tumor semua,itu korang kena cari journal dan baca.

p/s: semua penyakit ada ubat,kecuali mati.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

4 comments:

SOHO Mama said...

Hi Dila! I pernah minum kolagen sekali je..itu pun my friend's friend punya product. Powder form (in sachets) so of course it comes with a price and additives dan segalanya. Sekotak tu je I minum hehe
Milo kolagen? Confirm I tak berani minum hehe

Ms. TaroAthirah said...

ziyyad amek hati lettew :p

Nik said...

tak sabar nak tengok hasilnya. harus cun meletup letup!

tapi kalau rasa nak beli aje dah tanak rebus/masak kolagen, contact le saya. heeee.....(larik!!)

Steifmesiess Ikien said...

Nak tanya, ni jual ke? boleh beli dari mana ye? berapa harga?