Pages

18 April 2011

Competition


tempat kerja aku sekarang ni susah sikit nak cari makan masakan melayu time lunch,kat bawah opis memang sedia ada kedai mamak.Tapi lalu ke tiap tiap hari nak makan lauk mamak je?

jadinya ada satu astaka (tempat makan,banyak gerai,depa duk utara panggil astaka). Tapi mungkin pasal area tempat aku kerja ni belum membangun sangat,gerai makan ada dua tiga ketul je

ada satu makcik ni buat lauk tengah hari,dia start meniaga kul 11 macam tu,kul 1 aku rehat lunch,lauk semua habis. Korang bayangkan lah,dah la penat keje,gi tempat dia (astaka tu ) kene berjalan agak jauh tak jauh sangat la

sampai-sampai je,semua bekas makanan tinggal kuah.Lauk semua elek pochik.Bayangkan jalan dah jauh,berpanas dengan perut lapar ingat ada mood ke lagi kalau nampak lauk habis

alasan makcik ni "takut lauk tak terjual kalau buat banyak sangat". hello makcik,aku tengok ramai je rehat kul 1, tiap kali datang gerai kau,nasi pun habis.Kesian giler tengok kontraktor yg buat pembinaan area ni datang kedai kau penat-penat hampa, pasal lauk habis

sebelah kedai makcik ni,ada juga kedai makan. tapi dia bukak kul 3 petang macam tu alasannya "tak nak la buka sama-sama" . ini kes jaga hati tak kene gaya. betul tak disangkal niat mulia,tak nak la bersaing jiran sama jiran berniaga. Tapi jiran meniaga kau ni lauk asek habis. Kau bukak jelah makcik gerai kau kul 12, biar makcik sebelah tu berakai sikit.

Bersaing itu elok dalam berniaga, it teach us how to improve our product. bersaing cara elok la,bukan cara gi bomoh dukun tak tentu hala tu.

Kemon la makcik,bersaing je lah..nak takut apa,kalau betul kau punya lauk sedap orang tetap akan datang kedai kau. Tapi kalau lauk ko habis awal je selalu memang la lari customer kau kan,macam aku ni,tak kuasa nak moody moody datang gerai kau hampa lauk habis. dah la lapar,moody plak tu. memang mengundang tsunami jiwa la kan.

dan sekarang kau memang target nak jadi mayor je kat kedai mamak wonderlite bawah opis aku ni,hari-hari check in 4sq kat situ.hahahahha XD

Jadi ingat,if somebody sell the same thing like ur thing,improve ur product make them better.kalau dah tak boleh better kan,improve tang lain,macam customer service ke,apa ke..sendiri la nak pikir,lagi aku nak ajar percuma ke.RM50 suku tau ilmu aku ni.hahaha.matiklah statement

p/s:orang melayu takut bersaing. Aku pernah kene tempik ngan makcik jual nasi lemak kat astaka taman ehsan.macam haramjadah je perangai. nak tau kenapa?pasal aku tak duduk kat kerusi meja kedai dia,aku duduk kat kerusi meja orang jual roti canai,jiran gerai dia. Bongok.aku tetap makan nasi lemak kau ok.tapi dengar cerita,seakrang nasi lemak dia kurang laku,bukan orang bomoh.Tokey dia memang perangai macam syaitan,sapa nak pi beli lagi ntah.


3 comments:

ShilaShower said...

makcik eton keeeeeee? hahahaha.

yuu donaghue said...

Kite Bakor jer

Yati said...

Kalu camtu, takyah la pi makan kat kedai camtu. Mamak lagi aman. Hari ni nasi, esok roti tisu, lusa roti canai, tulat capati, tungging tose. Sekian cadangan dari saya. :)