Pages

01 April 2011

3 Blind Men


Hari itu,ntah kenapa..hati aku digerakkan untuk ke tempat kerja lebih awal. Selalunya dalam pukul 7 macam tu baru aku terhegeh-hegeh untuk turun ke tempat letak kereta,hari itu 10 minit awal aku sudah berada di dalam kereta memanaskan enjin

sampai di satu lintasan penjalan kaki,lampu menunjukkan isyarat berhenti. Obediently semua kereta yang tadi merusu-rusu hendak ke pejabat,berhenti dan memberi laluan kepada penjalan kaki yang ingin melintas

Lampu bertukar hijau,namun kereta di depan sekali tidak bergerak. Rupanya ada 3 orang lelaki buta sedang melintas. Mereka berbaris,beriringan. Aku perhatikan yang depan sekali juga memegang tongkat putih panjang . Barangkali dia buta separa kerana masih dapat menekan butang lampu pejalan kaki pada lampu isyarat dan mampu memimpin dua orang lagi rakannya yang buta

melihat akan itu,hati aku secara tiba-tiba sangat hiba. Aku seharian merungut dengan kerja yang tak setimpal pengalaman.Merungut kerana sakit seluruh badan kerana membuat kerja yang berterusan,kadang-kadang berdiri seharian. Merungut kerana makan tak sedap.eh,ke situ plak.hahahaha XD

Ntah,aku rasa kadang-kadang aku kerja tak ikhlas. kadang-kadang aku rasa "kenapa aku kat sini hah?" dan kadang-kadang aku fikir "apa sebenarnya Allah nak tunjuk kat aku dengan bekerja di sini?". menyoal kepada Dia,kenapa kenapa dan kenapa. Seakan diri aku sudah putus asa dengan segala usaha yang telah aku beri. Tak berbaloikan pengalaman kerja aku?

Seeing that 3 blind men,i solemnly vow to myself

"i will never give up,never. selagi ada kudrat selagi tu aku berusaha,aku tak buta aku ada mata,kalau mereka boleh berusaha kenapa tak aku?"

terima kasih Allah kerana memperlihatkan aku pada 3 orang buta dengan mata aku yang celik tapi buta hati ini

p/s:korang review balik kerja seharian,sebenarnya tak la teruk mana kalau compare dengan org angkut sampah atau tukang cat garisan putih kat jalan.Aku pun kene review balik,tapi aku rasa kerja aku macam sama tahap teruk je.hahahahah XD sakit tumit,sakit bahu,sakit tangan.jari-jari ku sakit semua kerana membasuh setiap hari~~~



No comments: