Pages

11 September 2010

a story worth sharing

pagi ini di dapur bermasak-masak bersama mama dan mamalong.

seperti biasa ceritanya berkisar perihal keluarga,tiba-tiba mama becerita tentang seorang kawannya,dulu dia seorang kristian tapi kini dia seorang islam...Auntie Mariam namanya,sudah lama dia memeluk agama Allah itu,tapi sejak 2 tahun lepas rasanya,mak Auntie Mariam yang berusia 92 tahun,sakit tenat..pasal kat Belgium takdak orang nak jaga maknya,Auntie Mariam bawa maknya duduk dengan dia di Malaysia ni.

Auntie Mariam menang aktif bab-bab agama ni,rumahnya dianjurkan usrah,juga menganjurkan beberapa majlis agama lagi..sementelah itu pasai duk ngan anak,jadi maknya join dengar sekali,siap baca buku tafsir al-quran nak faham apa itu Islam..kita ada baca tafsir,ntah-ntah baca quran main lanyak je tajwid (tak tau tajwid sekarang banyak method ada,quran siap tajwid pun ada,atau pen digital alquran...ipad boleh beli kanlah pen nak baca quran tak boleh beli kott)

hari-hari Auntie Mariam berdoa pada Allah agar dibukakan pintu hati ibunya memeluk Islam.

dan sebelum ramadhan bulan lepas,lagi 6 jam sebelum emaknya nak meninggal dunia,dia tulias atas kertas dan beri pada Auntie Mariam,anaknya..tulisannya berbunyi,

"i want to be a Muslim"

subhanAllah,dengar cerita mama saya buat kami semua meremang bulu roma,bukan apa,hidayah tu sampai lagi 6 jam dia nak menghembuskan nafasnya yang terakhir....Allah hu Akhbar

dengan bersaksikan pegawai hospital pusrawi dan beberapa orang dari majlis agam,siap amek gambar nak rekod so lepas ni kalau jadi apa-apa dah ada bukti,mak auntie Mariam mengucap 2 kalimah syahadah dengan menulis dia tas kertas,pasal memang sudah sakit tidak boleh bercakap.

Ya Allah,untung betul...bersih semua dosanya macam bayi yang belum lahir dan pulang balik pada Allah,dengan kosong dosanya..

kita ni yang lama Islam pun tak tentu lagi wehhh...

aduh,insaf....

jadi teruskan amalan-amalan baik yang dilakukan masa bulan ramdhan terus ke bulan-bulan lain ye...

p/s:pada yang tinggal puasa tu,gantilah awal-awal ... :)

3 comments:

yuu donaghue said...

cerita mnarik..beruntung mak auntie mariam tuh...baginya syurga...insyaAllah

aiyoyo...adik,abang sama je...raya2 pn boleh berblogging...:p

aiDieNa said...

Menginsafkan.. hidayah Allah nak beri..bila.. di mana dan sebab apa..

Ohh.. Selamat Hari Raya! ;)

Mrs. Kown said...

mama aku siap nangis bila kat masjid announce mak auntie mariam ni meninggal.

dia kata, selalu time mengaji tu, mak auntie mariam ni akan siapkan makanan ala2 english tea gitu. susun cantik2, lepas tu dia duduk kat luar sambil baca buku (maybe terjemahan jugak). kira dia tak terperap dalam bilik masa orang tgh mengaji lah.

tapi adik beradik auntie mariam ni mmg tak berapa berkenan mak depa duduk sekali, sbb depa dah agak kot nanti auntie mariam nak ajak mak dia masuk islam ke apa kan.

tp tu lah, hidayah allah, takdak sapa boleh halang. even di saat akhir hidup kita kan. kita yang seumur hidup islam ni belum tentu mati esok islam.

jadi janganlah kita lupa untuk doa dalam solat, semoga allah mengambil nyawa kita dalam islam :)