Pages

25 August 2010

recuperating

ingatkan dah keluar hari tu,saya dah boleh up and running,tapi gagal ye

sendi saya sakit-sakit dan lenguh-lenguh dan kepala masih berat,tapi sekarang ok sikit.

saya puasa juga,pasal sayang nak tinggal kan puasa bulan ramadhan,memang la boleh tak puasa tapi nak ganti puasa bulan lain pahala tak sama macam puasa bulan ramadhan (eh,boleh eh gitu?)

kerja kedaichomel ada sikit terabai,ada banyak pending orders,maafkan saya wahai customer,saya ingat saya gagah,balik spital terus nak terjah mesin jahit,tapi rupanya tak boleh,maafkan saya :(

saya nak cerita pasal Ziyyad,on how the bomba sound

saya: bunyi bomba macam mana?Ziyyad tahu tak?

ziyyad:tahu ma! (yakin gile) bom-ba!bom-ba!bom-ba!

bederai saya ketawa!apa plak bunyinya bom-ba!bom-ba!gitu plak nak oi.

saya perasan budak lelaki ni budak lelaki juga,kalau dia main perang-perang ke,main kereta ke,main helikopter mulut mesti ada sound effect punya.

semalam juga saya tengok how Ziyyad use his imagination,saya biarkan Ziyyad main dengan turtle magnet di dapur,sementara saya berehat atas kusyen.then saya terdengar ini

Ziyyad : kesian,jatuh...turtle sakit kaki,kita buh ubat...ok sekarang dah sihat,jom berenang! (sambil ada bunyi sound effect berenang...dan kemudian turtle itu boleh terbang ye)

saya perati je dari jauh,comel je mulut kecik tu buat bunyi,hehheh :)

sekarang juga kalau merajuk adalah klaka ,hari tu saya sedikit malas melayan dia,badan saya sangat lenguh,jadi saya tak layan dia,dan ziyyad masuk bilik dan duduk di sebelah babahnya yang sedang berbaring

saya datang pujuk,nak tau dia kata apa

Ziyyad : takpa....takpa...mama pi ngok tv,Ziyyad sorang-sorang kat sini,takpa...takpa...

bantai gelak la saya pun,kesian pun ada juge,lantas tutup tv dan main sekali atas katil,babahnya Ziyyad pun tak jadi nak baring-baring pasal tak tahan gelak dek mulut Ziyyad yang ada je nak cakap tu.

Ziyyad,2 tahun 1 bulan.

p/s: tu belum dengar keletah dia masa beli baju raya dia hari tu.. :)

7 comments:

wawajoe said...

boleh geng ngan abam Danial. Masuk Daisho itu hari, pegang sekaki payung sebab nak beli. Abis dibuatnya payung tuh macam machine gun and jadik sniper jap dalam kedai. Siap sembunyi celah rak-rak dalam kedai nak tembak orang. Salesgirl nampak, dia pun gelak. Boys have lots imagination. Girls too...especially dua orang kenit kat umah tuh. Si Zara dah berangan jadik PA Pak Ngah. Sebelah pegang henpon, sebelah pegang pen..mulut asyik cakap, "Aa, aa, aa...". Amik order kot....:)

ain fathihah said...

salam.saya pernah dua minggu kena tahan di wad sebab denggi, dan 3hari jugalah di ICU. lepas dah keluar hospital tu pun, memang masih sakit2 badan, sengal di sendi2 dan amik masa jugak untuk pulih betul2.. sabar je la ye. hehe.

mamarempit said...

ilang bisa2 badan ek dgr celoteh mulut dia

Dils said...

take it slow, i am sure your customers boleh understand. Hehehe.

Anyway, at least sudah out of hospital. Tapi bile kat rumah mesti rasa mcm ada macam2 boleh/kena buat walaupon sebenarnye sakit and kena berehat.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai kesiannya.banyakkan berehat.memang lmbt gak nak pulih aku hr tu.makin banyak kaletah ziyyad skang :)

CatlinaFly said...

ciannye dila..dah beransur sembuh, alhamdulillah...sy doakan kesihatan dila ye..amin..

Anonymous said...

Good to hear you're recovering well :) Selamat berpuasa; raya ada kat penang ke?

-azfar-