Pages

11 August 2010

cinta yang saya lupa

ingat lagi tak entry saya susah hati nak bawak Ziyyad gi masjid ramadhan ramadhan ni.

tkaut dia lasak la ,saya tak boleh solat la, apa la yadayada yo gabba gabba.

baru balik dari baca entry kak lina, Tips Bawa Anak Kecil ke Masjid

saya betul-betul lupa tentang niat yang satu,iaitu

memupuk kecintaan Ziyyad terhadap masjid, kalau nak Ziyyad suka berada dalam masjid kenalah kenalkan dia pada masjid dulu..

terawikh tak penuh di masjid takpe,balik rumah boleh sambung.

saya boleh melepak dulu kat belakang dengan Ziyyad,kenalkan dia apa itu masjid,apa orang buat di masjid selain bersolat. (sambil lepak sambil baca quran pun dapat pahala kan? :) )

saya rasa di penang paling hampir,paling selesa ada aircond (penting neh) adalah di masjid bandaraya penang. memang pusat komuniti pun masjid besar penang ni,ada kelas ngaji ada kelas tajwid,ada kelas macam-macam.

luas,ada aircond.. (rasa dah cakap,tapi takpe,cakap balik)

jadi,ibu-ibu jangan selfish,ibadah wajib lebih utama,iaitu mendidik anak,memupuk sifat cinta terhadap rumah dan agama Allah,dan boleh jadi geng rakan masjid suatu hari nanti.InsyaAllah

p/s: saya selfish selama ni,mentang-mentang kerja kat perikanan,dengan perangai pun terbawa-bawa..haih.

2 comments:

Lin said...

samala kita...huhu..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

insaf bila bc kak lina menulis ...