Pages

14 July 2010

*tentang Ziyyad*

Ziyyad mulut adalah macam bertih jagung

pok pek pok pek

belum masuk 2,tapi perangai macam orang tua..kalau kita bangun dari bersimpuh,org tua kan selalu kata "adoihh..ya Allah", dia pun serupa la

semalam saya tengah menjahit dalam bilik,jadi Ziyyad bawah pengawasan babahnya,ntah macam mana,saya terdengar bunyi cawan pelastik kena baling..dalam hati kata "sahih la tumpah air dalam tu" jadi saya keluar dan jengik..memang betul pun..ntah apa yang Ziyyad amokkan,habis basah baju tido nya,dan babahnya mestilah marah..

jadi saya tarik tangan Ziyyad masuk bilik untuk menyalin pakaian,saya cakap padanya "ziyyad janganlah nalo sangat,kan babah dah marah"

Ziyyad kata "ma..kak baju..basah..nak andi" (mama, bukak baju,basah,nak mandi)

saya kata padanya tak perlu lah mandi,lap sikit aje, terus dia tarik muka saya dan sayang pipi dan ntah apa angin nyanyi lagu "ibu engkaulah ratu hatiku"

adeh,tak tahan nak gelak pun ada...



vid atas ni cara Ziyyad nyanyi ulang suara his version is "ibu..kau hatiiiiii.....ku"

yang nanges kat hujung tu jangan percaya,as much he love crocodie (crocodile in Ziyyad language) ,air mata pun ait mata crocodile gak (crocodile tears)

Tentang Ziyyad 2

semalam malam kami call Acu Fiqah di USM kubang kerian,demam khabarnya dah seminggu tak sembuh..

jadi kami call dan loud speaker minta Ziyyad cakap dgn acu fiqah

Ziyyad : elo...acuuuu...kum...acu buat apa?

Acu:hello Ziyyad..waalakumussalam..acu baring-baring je

Ziyyad :wa..kum..lam..bye (waalaikumussalam,bye)

kira habis nak bercakap je..memang acu nya kerja gelak je kat hujung talian,kami minta Ziyyad nyanyi kat acu..jadi gembira sikit acu nye pun..yelah dah la duk jauh kan sakit plak..mesti la terkenang-kenang family kat rumah :)

so harap acu terubat sikit rindu dan jaga kesihatan tu elok-elok k :)

2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

pengubat luka lara lah ziyyad ni.sama sebijik mcam nuha part yang adoihh..ya Allah tu..hehehe.mcm mak nenek :)
aku nak kena tinggal dia 3 hari ni..sedih :((

lisha said...

HAHAH.
Arwen pun samalah, randomly nyanyi lagu tu.
Ibu... Kawlaa... atikuuu...

comellah ziyyad! dah makin besar makin comel. ngan antics nyer so adorable.