Pages

29 July 2010

Racist

kecoh soal racist sekarang,

semalam sepupu saya tag satu cerita pengalaman seseorang pasal tinggal di penang,macam mana dia rasa chinese di pulau itu racist padanya..

mungkin saya bernasib baik di mana saya tak pernah di racist kan atau mungkin saya yang tak perasan pun saya kena racist

saya duduk di penang hampir 6 nak masuk 7 tahun

memang tak dinafikan di pulau memang majoritinya ialah chinese,tapi di seberang ramai melayu.

melayu bukan tak boleh hidup di pulau ni,boleh..husband saya buat pest control dan dia pernah pergi beberapa buah rumah orang melayu yang dasyat-dasyat di penang, rumah semua harga juta-juta,paling koman kot rasa RM800K.

ada je melayu berjaya dan kaya duk sini..dan tak semua orang cina kaya di penang..samalah macam melayu jugak..ada kaya ada miskin,same goes utk orang india

di Malaysia,sesiapa yang berusaha dialah yang berjaya..tengoklah orang warga indonesia,bangladesh,myanmar..kenapa sanggup berhijrah ke malaysia utk kerja,semua pasal uwang..

pasal isu nuffnang,pada hemat saya mereka tak racist,yang menang kamera sony tu kalau korang tengok entry pemenang memang layak pun menang,kalau compare ngan entry saya memang jauh la beza

ada je melayu menang contest kat nuffnang tu,contoh paling dekat,kak ros,tahun lepas menang grand prize pergi disney hongkong,dua tahun lepas pun melayu gak

orang yang tuduh nuffnang racist ni saya rasa orang tu baru je join nuffnang, jadi sourgrape dan bitter gourd lah kan pasal tak menang. cuba kasik dia menang ada dia kata "asek-asek melayu je menang" tak akan ada ok isu

tapi tulah saya setuju dengan kata-kata Dils,nuffnang ada sedikit bias..tapi yelah mereka tu berbisness kenalah jemput orang yang traffic nya tinggi utk promote sesuatu benda kan? pasal tu asek-asek muka sama je yang di jemput.

tapi apa ada kesah

i blog for fun and maybe some money,ada duit adverts,adalah..takde pun bukan nye harap sangat

yang pening-pening nak tarik orang mauk blog lah,suruh jadi follower la dah raa macam kena masuk MLM plak dah

blog ni tempat rileks-rileks santai-santai je..nak beban kepala otak pikir apa tajuk nak tulis buat apa?

tapi kalau nak tulis betul2 nak curah ilmu,kasi betul2,jangan ilmu salah sudahlah ye :)

p/s: saya racist juga kadang-kadang,macam naik kereta ada bangla naik basikal tak tengok belakang ada kereta ke tak,main suka suki je lintas dapatlah "eh bangla ni nak mati ke apa" see, saya juga manusia biasa.

5 comments:

Fid said...

nanag tak racist tapi pilih juga laa
takakn tafic ciput nak bg haq adv power kannn..
kena tgk gak laa
ai pun x kesah sgt sbb ai suka blogging bkn suka iklan apakah??

aZeeMaH said...

totally agree!

Mrs. Kown said...

pasal event nuffnang aku tak sure, tp yg aku tau client nak yg traffic tinggi. slalu nuffnang ni akan propose few bloggers tp at the end client yg pilih blog mana dia mau.

ada jugak few times nn kol cakap dia nak propose blog aku, tapi sekadar propose, tak jamin dapat jugak advertorial sbb client yang akan pilih. tunggu punya tunggu, tak dapek pun. client tak berapa berminat ngan blog aku lah nampaknya, ekeekkeke.

client pun tgk jugek background blogger kan, potensi ke dak nak promote barang kat situ. cam aku, takkan la client nak bagi suh promote handphone ke camera ke apa, tak sesueiii, udah tuan nya blog buta kayu IT. hihihihihi

Ely Hasrul said...

hihi... bg 'org baru' kat nuffnang, err ekceli xbaru sume xamik pot la kan.. bile tau sapa menang xtpk lgsg psl racist. betol lah ikut suke client tu la.. hihi

Kak Lyna said...

Nufnang memang racist! Racist! Racist!

Eh racist tu apa? Nama NC terbaru ke?