Pages

15 June 2010

*aku malas la update blog*

tapi tulah kesian plak kat korang nanti tunggu-tunggu update blog ni..ahahaha..matilah perasan.

sebelum gambar kena kepam baiklah saya siarkan sahaja..

kami pergi Taiping last Sunday with kak Maria(pengasuh Ziyyad) and some of her kids

Ziyyad tengok gajah,tangkap nanges woo..like seriyesly menangis..takut. emmm

tapi tulah dah kata,kalau gi zoo tepen,jangan pegi tengah hari,nak tau kenapa?


singa tido...singa tido terbongkang dalam zoo je,sama macam kucing,kalau dia rasa selamat dan tak terancam,dia akan tido terbongkang kayak gini.


semua tido


beruang pun tido



badak pun tido eh



harimau pun tido la jugak...geram nye,rasa nak cubit misai je rimau ni,comel :)


ada gak la binatang yang tak tido..

zebra :)


giraffe


ini angsa,tido atau tak,saya tak pasti,tapi statik je atas air.


i patted the elephant's runk,Ziyyad holding me for dear life..he cried like there is no tomorrow..bila anak gajah ni masuk balik kandang,Ziyyad kata

"abesss..." lepas tu siap bunyi gajah dan tiru belalai gajah dgn tangan -_-" (dah habis baru berani)


Ziyyad was the happiest masa pergi Zoo,sekor-sekor binatang dalam zoo dia sebut dan tunjuk,excited sungguh.

Fakta menarik bulan ini :

tahi gajah adalah sangat besar..

Fakta lain

1. tiket dewasa RM12,kanak-kanak 3-12 tahun RM8, rasanya orang perak dapat harga istimewa raja kot...tak tanya plak...teehehehe

2. last beli tiket adalah pukul 6 pm

3. the zoo taiping juga ada night safari,pasai tu mungkin the animals tido saing,malam depa buat part time...hahahahaha!




p/s: ada piknik gak kat taman tasik taiping,kak maria masak nasi daging..sedap woo! gambar takdak..pasai lapaq sangat,malaih nak pikiaq dah.

3 comments:

Lin said...

ye betul..org perak sejati dpt tiket spesel price.hehe

SurayaHarris said...

bestnya bawak ziyyad jln2...=)

aNnAsUe'G said...

ahahaha! sumpah lawak gambor2 yg diorg tido tu. binatang2 kat zoo kl pon selalu tido siang jgk! ;D