Pages

03 May 2010

*surat cinta untuk si dia penjual nasi lemak*

kehadapan kakak penjual nasi lemak bubuh
depan flat hijau
sg ara,11900,penang


Assalamualaikum kakak,apa khabar?harap sihat hendaknya. Dah lama saya tak nampak akak,mana akak pergi?

hanya yang saya nampak saban pagi sekarang ini hanya stall akak yang tidak berpenghuni dan payung buruk yang terlipat kemas terletak elok di atas meja stall akak

setipa pagi hendak ke kerja tanpa jemu,saya menunggu akak,kalau-kalau akak berniaga hari ni,tapi selalunya saya hampa kecewa

mana akak pergi? dah seminggu akak tak berniaga termasuk lah minggu ni..saya rindu la sambal ikan bilis yang akak buat..sedap,saya suka

saya rindu nak makan sambal tu dengan telur mata kerbau yang cair telur kuningnya..uhh sedap betul rasanya,ditambah dengan ikan bilis garing dan kacang goreng..

tapi hari tu baru husband saya bagitau,kenapa akak hilang tak berniaga nasi lemak bubuh lagi. Husband saya kata akak dah join MLM.. saya terkilan..bukan dengki akak join MLM,tapi saya bet,akak lepas ni dah kaya mesti lah tak jual nasi lemak lagi

siapa saya nak menentukan apa yang patut akak buat,saya harap akak maju jaya dan pendapatan akak lepas ni lebih lebat dari menjual nasi lemak. Kalau dah naik BMW 7 series jangan lah akak lupakan saya

kalau agak-agak akak boring dah jual korset dengan water filter tu,akak jual la nasi lemak sekali sekala, takpun akak jual la korset dengan water filter bersama nasi lemak bubuh akak yang super sedap tu

takpun dah kaya nanti akak buat restoren plak..sure saya datang makan selalu.

saya akan sentiasa menanti nasi lemak bubuh buatan akak

apa-apa pun saya berdoa semoga akak sukses selalu




yang benar;

Pencinta sambalikan bilis nasi lemak bubuh mu




p/s:: have u VOTE us?


6 comments:

Elyn said...

haha akak pun nk buat surat la utk akak nasik lemak depan bomba. sejak last week die tak niaga!!!

Ms. TaroAthirah said...

psiko gila

Anasfadilah said...

tira:like u dont know me lah kan..hahahah

kak elyn::tulis kak elyn jangan tak tulis

e.l.i.s.s.m.i.e said...

nape aku rasa terliur jugak ni.oh, aku puasa.patutlah :P

Dils said...

i never found the one sambal that surpasses any other. Huhuhu. Semuanya either sedap or bad. And the one yg tak best ialah sambal yg tak pedas or penjual nasi lemak yg lokek sambal.

Farah said...

meh aa datang umah mak saya..mak saya jual nasik lemak bubuh sambal ikan bilis sedaapppppp