Pages

23 April 2010

*susah betul nak kasi makan*

saya jeles betul dengan farah masak utk afif,afif makan elok aje

Ziyyad?susah nak makan,bukan saya tak introduce benda baru,tapi dia tetap takmo

kalau kita sua kan sudu nasi ke dia,dia paling kan muka sambil kata

"na mo!"

hari tu dia geleng-gelengkan kepala banyak kali tanda protes sambil kata "na mo!" repeatedly

masa balik umah nenek tu hari,nenek pun macam tak percaya,macam susah sangat ke nak bagi Ziyyad makan?

susah gila! tapi saya tak give up (seriously i never give up,ask my mom or my husband)

Ziyyad favourite food is biscuit (of any kind) dan keropok ikan (all time favourite),kek..dan roti (kadan-kadang..he love my egg sandwich tho)

keropok ikan tamban ke ikan parang ke, tu la favourite dia...

sampai nenek kata

"kan lah nak makan keropok aje kot?"

saya pernah suap roti pada dia,dia masuk dalam mulut,kunyah 2,3 kali,lepas tu luahkan balik..kalau nasi lagi haru,masuk je dalam mulut nasi tu,dia boleh jolok satu-satu butir nasi kasik keluar

anak orang lain makan ikan salmon,anak aku makan keropok ikan ajeeeeee!

tapi hari tu masa balik KL seminggu macam tu,balik ke penang semula semua kata

"aik,tembun betul Ziyyad balik dari kl ye.."

memang perasan ZIyyad berisi dari dulu

makan apa? makan kopok ikan selalu

haiyo

p/s:: memang Ziyyad sihat aktif semua alhamdulillah,tapi bab makan tulah,tak seimbang,which worries me so much. masak apa yg tak?habaq mai...ayam tak mo,sup tak mo,ikan tak mo,spaghetti tak mo..aduhai anak mama.

8 comments:

Aishah Megahasz said...

Samalah macam Hadif Syahmi. Makan nasi umpama makan ubat..huhuhu... Asyik2 makan kepok....kepok goreng, kepok lekor tu la paling suka. Sampai ibu ni tanya "ish, tak lapar ka perut tu?" Ibu yang tensen.

aZeeMaH said...

aduhhh...ingatkan mu'az je payah makan...ade geng rupanyer...

huhuuhuh

Anasfadilah said...

kak aishah::tulah,nenk Ziyyad pun tanya,tak lapar ke asek makan keropok aje",kalaua da tupperware keropok tu tu,emamgn ZIyyad punyala sorang makan

kak ina::ada geng kak ina oii,gundah gulana hati ni tengok makan kopok aje..

arin said...

dah try bagi vitamin?penambah selera budak2. same thing happened to hanum. bagi vitamin, alhamdulillah selera nak makan ada.

Farah said...

isk keropok pon feveret afif tau (org ganu btul!)..tp terpaksa limitkan sebab nak suh die makan nasi..kalau die dah nampak keropok..tak pandang dah nasik tu.

jgn mengalah dila.. saya pon risau jugak kalau afif esok2 takde selera dah ke.

rina said...

betul dila, jgn mengalah, ramai je budak yg susah nak mkn. fatin pon susah nak mkn, tp saya perasan, dia akan nak mkn (sikit je la pon) kalau lauk tu dlm pinggan kita (yg kita tgh mkn)..mcm suka share2 gitu.
so skang ni saya takde la buat lauk khas utk dia, dia mkn ape yg kitorang mkn..ikan goreng (mkn sikit), telur dadar tambah taucu (suka mkn nih), ayam kat nandos (mkn gak aritu sket).
ni baru seminggu start kasi vitamin, mcm sama gak..time dia lapar, kalau kita suap dia mkn la, 5 6 suap, dia taknak dah (dia luekkan balik food tu).
tapi satu hal yg saya perasan,dia lg suka kita suap pakai tgn dr pakai sudu. itu saya mmg perasan sgt2!

akmal said...

jgn risau dila, anak sulung sy Hakim masa umo ziyyad pun tak nak makan, mcm ziyyad tu la. siap bg appeton segala sbb dia kurus sgt. bila makan appeton ok la selera dia tp bila stop, selera dia pun stop.jeles tgk anak org lain tembam. last2 sy pun fed up nak paksa2 dah. biar je..
tp skang ni umur dia dah nak masuk 3 tahun tiba2 selera plak nak makan. pantang tgk org makan nasik mesti dia join. mmg tak sangka...skang ni muka dia pun dah bulat.mmg budak2 at that age mcm tu la. skang ni adik dia plak yg masuk fasa tak nak makan bila umur mcm dia dulu.padahal adik dia dulu kuat makan, gemuk. so skang ni sy tak risau dah..

p/s:pjgnya komen hehehe..nah ko,drpd silent reader..tp bila dah start mengomen... *wink wink*

Elyn said...

jgn risau... wafiq pun ssh gak nk makan. berkejaran kekadang pun belum tentu die telan nasi. so akak suap je apa yg die nk mkn!!