saya mula jual beg diaper,i still remember the first day saya dapat sewing machine dari suami
suami? dia batu saya, dia pendorong semangat.
nama Chomel?saya dapat masa saya mengandungkan Ziyyad,masa tu saya baru tahu saya mengandung,i still dont have name for Ziyyad yet,so..saya panggil fetus dalam kandungan saya ialah 'Chomel' : )
tapi berjualan melalui blog,tak sistematik,susah nak track customer,susah nak track stock in and out
saya beralih ke cubecart
saya beli domain dari Mercumaya
masih ingat macam mana saya nak setup cubecart tu, nasib ada
abang Azwar and Kak Arinnak transfer file guna ftp la,coffee cup la..tau2 kat dalam cpanel ada fantastico..ceh! buat penat je,tu pun abg azwar godek2 jumpa
dah setup cubecart ,mestilah nak hias cubecart tu
dahla guna CSS,saya tak tahu...mujur ada
Jiji nak bantu bagi header yg Chomel

well jiji banyak buat header untuk kedaiChomel, dulu kat blogspot jiji yg buatkan..
Kak Ros pun ada tolong tunjukkan site yg ada free tempalte for cubecart
and from there saya belajar dari Google,from manipulating the box in cubecart, nak tambah link,nak letak gambar,nak letak filter semua dalam admin
saya takde basic untuk tempalte ni semua,tapi saya belajar sendiri
saya takde duit nak hired a pro untuk buat template cubecart,but all i have is time.
to date,saya dah jual lebih 200 helai nursing cover..satu pencapaian yang tak pernah saya terfikir dulu
saya mula berjualan pada asalnya pasal nak tolong husband,awal tahun 2009 kan ekonomi merosot,husband kadang-kadang tak dapat gaji,dan kalau dapat pun hanya separuh
harapkan gaji saya yg rm1500 tu cukup tapi tak boleh la bermewah-mewah , pasal each cents count
lampu kat mana je guna baru buka,memang kadang-kadang rasa macam duduk dalam gua..but hey, we survive..makan pakai cukup. (tak pinjam along ye)
so,in order to be able to eat at kenny rogers or pizza hut, i sell NC...hehehe (makan kenny rogers,pizza,secret recipe adalah mewah bagi saya,saya tahu kalau ada yg baca...elehhh,makan kenny pun dah mewah ke..takpelah,kamu tidak di kasut saya,kamu tak faham dan saya tak harap pun kamu faham)
dan di akhir tahun ni,kedaiChomel sudah didaftarkan secara sah :)

masih jauh perjalanan Kedai Chomel
tapi untuk tahun 2009,kedai Chomel sampai pada tahap ini
saya tidak pernah meletakkan wish mahupun resolutions of any sort di awal tahun,kerana saya tahu Allah punya rancangan yang diaturkan untuk saya
saya berusaha setiap hari untuk kedaiChomel,dan dari usaha itu Allah tunjukkan jalan pada saya
dah jauh juga saya jalan,tapi saya tahu perjalanan masih lagi jauh...takpe pelan-pelan jalan.
p/s:: dapat merasa beli hp pakai duit upah jahit.. :P
p/p/s:: a gajellion thanks to my ever dear family :) kaknaz,abang effi,tira,fiqah semualah habis cerita :)