Pages

08 December 2009

*a thousand miles*



Rombongan Pak Hassan sekeluarga ke Cameron Highland :D

penat..memang penat

bukan penat naik ladang turun ladang stoberi or teh

tapi penat layan kerenah Ziyyad yang semakin lama semakin menjadi pulak

sekarang dia tahu apa yang dia mahukan

merajuk,menangis,buat lembik kaki takmau jalan


::bukti merajuk and throwing tantrum di tengah jalan..sampai ada makcik datang pujuk..dan cubit pipi Ziyyad..makcik nak pujuk ke cubit pipi Ziyyad sebenarnya?::

nak tahu merajuk pasai pa?

pasai menatang ni


::yang kelakarnya,duit takmasuk lagi ZIyyad dah goyang-goyangkan kuda ni..siap ada sound effect tu dari mulut Ziyyad,kesian punya pasal saya tukar la 50 kupang dalam RM2 macam tu::

::muka tak puas hati tak dapat naik kuda token tu....dapat makan stoberi baru senyap sikit..lepas tu ketaq kakai balik nak pi main::


::pasar malam Brinchang, Ziyyad banyak kali dicubit pipinya oleh orang..who can resist baby kan?, tapi bab mengamuk duduk merajuk kat tengah-tengah pavement adalah rasa macam nak gigit je awang kenit ni..geram!::

::kan dah kena gigit,yang pegi sua jari dalam mulut mama kenapa...haih la kamu ni ZIyyad::

::dua orang kesayangan saya yang memang tahan sejuk,Ziyyad pakai sweater tu kejap jelah,lepas tu berpeluh-peluh dah..::

saya cakap dengan husband

"nanti kita beli la harness yang ada macam backpack monyet tu kat ZIyyad,sekarang nak jalan je tak mau orang dukung dah"

husband kata

" kalau pakai harness tu pun nanti mengamuk jugak, tak boleh lepas bebas"

betul juga ye..mmm

saya memang nak bagi anak berjalan..biar explore semua..tapi dalam ruang lingkup (??) yang selamat lah..asek duduk dalam stroller je tak aktif macam tak sihat pula nampak gayanya

p/s::korang expect saya bergambar dengan pokok stoberi dan duduk di celah pokok teh ke?hahaha..tak delah..kan saya dah bagitau ,saya pegi CH agenda melantak je...hahaha








DSLR strap slipcover!RM15 only!

8 comments:

Jiji said...

best seh pegi brichang!!! aku suka makan cendawan goreng ngn beli bunga yang kejap je layu sampai bawah cis!

Dilod ko tak beli keychain??? (gila 90 an punya ayat!)

Cikpid said...

amboi..muke tu mmg gembire abis dpt mkn aiskrem stoberi tu ngan waffle tu..

bestnye..bestnye

Elyn said...

aim akak pi cameron nk mkn steamboat je. pastu nk redah pasar malam die perghhh makanan heaven2 tu...

eh dilla pi sana lalu jln apa?? ziyyad duduk diam tak dlm kete?? camne dilla handle ek??

Anasfadilah said...

kak elyn:: dila lalu jalam simpang pulai,jalan tu tak teruk macam jalan tapah

Ziyyad duduk dalam carseat,masuk kereta tido ..tapi kadang-kadang ngamuk gak kalau lama sangat perjalanan..dila selalu main ngan dia,main ba ba cak la,main sorok-sorok barang la,main mana bas ke lori ke..kena kreatif juga nak handle ZIyyad ni supaya tak ngamuk

redah pasar malam nak beli cendawan goreng jek dila pun..hahaha

cikpid::muka mestilah nekmat dapat makan stoberi gitu..hahah

Jiji::apa barang keychain,org sekarang beli FM la..hahaha

Aishah Megahasz said...

Try babywearing la. Pakai soft structure carrier
http://megahasz.blogspot.com/2009/06/babywearing-picture.html

Agak-agak dia nak buas, lepaskanlah.

Sedapnya makan strawberri. Tak sabar nak pegi Cameron :D

Mrs.R @ Emi said...

wahhhh..gambo waffle+stroberi..ngan eskrem lagi tuuuuuu...buat sy mao p cameron jugakkkkkkkkkkkkkk

tp tatau le bila :P

azzamoro said...

wah..ziyyad dah sampai cameron. dah boleh share experience dgn airyll neh.. hehe

Dils said...

hehe.. pic yang second tu, sungguh priceless. Bile besar tu yg tunjuk kat Ziyyad, dulu2 masa kecik buat perangai masa jalan2 kat Cameron. Hehe.

Bestnye makan stoberi. Jeles.