Pages

01 September 2009

*solat terawikh di rumah?*

kenapa saya solat terawikh di rumah?

1. makcik-makcik suka cop tempat solat saf pertama,kalau solat terawikh dah nak mula, kawan dia tak mai lagi,dia tak bagi orang lain solat tempat kawan dia tu,jadinyaaaaa saf tu rompoong (eee-seeng-semartilem)...tapi oleh kerana saya ni perangai suka rebel,saya penuhkan juga..makcik nak marah makcik punya pasai..(boleh tak letak beg telekong untuk cop kan tempat kawan dia..haihhhh! tepuk dahi ok)

2.apabila disuruhkan rapatkan saf,makcik-makcik suka nak jarangkan balik,panas katanya..kalau jarang sikit ada udara..senang nak nyawa (bernafas)..Assalamualaikum makcik (kang kata Helo kang kata kuang ajaq plak),nak sejuk takmo panaih,balik umah solat sorang-sorang..duk bawah kipaih ka aircond ka

3. makcik-makcik suka bersembang dengan saya. kadang-kadang time imam dan jemaah lain berzikir munajat,makcik-makcik suka tanya saya "mai dari mana?" "duk di mana?" dan lain lain lagi..kang tak jawab balik kata kuang ajaq.. tapikan makcik, orang lain tengah berzikir la..nanti lepas abes solat kita sembang la mahu sangat sambil makan moreh,pekena ayaq teh!

4. makcik-makcik tak mahu penuhkan saf..malas sangat nak pergi kedepan penuhkan saf,pernah saya tepaksa tarik tangan seorang makcik untuk berginjak kedepan..dan saya mendapat 'evil stare' dari makck tersebut..maaf makcik anak cucu tumpang solat sini..hahahah!

5. makcik-makcik kalau tak de sejadah dia tak akan injak rapatkan saf,padahal ada je karpet masjid cantik bewarna hijau berciri islamik..kata makcik "sejadah ni makcik punya bawa dari rumah"...kauuuu sanggup tarik tu tak kasik orang lain sujud kat sejadah dia yang beli di mydin tu...tarik la makcik,takpe aiman tak kisah..kalau saya lambat habis kang,takut makcik nak balik awai tak boleh plak..(redha ajelahh)

masjid mana ni saya pi,tak perlu saya habaq..orang balik surau/masjid bawa pahala,saya balik bawa apa?moreh? duk komplen sana-sini..pa dapat?

tapi saya suka pergi masjid USM dan masjid negeri (masjid negeri ada aircond yuuuu,best woo..sejukkk...hahahah) time ramadhan

p/s::rindu la dengar tazkirah..haihhh.

7 comments:

Nadiah Sidek said...

rindunya masjid usm. hmm..tp tu la..susahkan nk tegur makcik2. serba salah dibuatnya

joegrimjow said...

samyg kat masjid beso
makcik2 lebey tahu pasal agama kot

e.l.i.s.s.m.i.e said...

semua masjid pun sama laa peel makcik2 tu..memang tak reti atau buat2 tak reti..wallahualam

Cikpid said...

g masjid bawak ziyyad ka??sy buat kat umah jelaa..sbb kalo bw Afieq..haru biru semejid tu kang..

ms ct said...

mai la solat tarawikh di tempat saya...cuma 8 rakkat dan 3 witir...sesekali ada tazkirah ...

ms ct said...

mai la solat tarawikh di tempat saya...cuma 8 rakkat dan 3 witir...sesekali ada tazkirah ...

Elyn said...

hihi makcik2.... seb baik la org tua ye dilla!!