Pages

24 August 2009

*resipi berbuka untuk dibawa kerumah mak mertua*

sempena ramadhan nan mulia

saya akan memberikan resipi manisan ramadhan,sesuai untuk dibawa ke rumah mertua (aii,kanlah nak lenggang kangkung makan free kat rumah mak mertua kot..bawak la buah tangan sket..hahahah)

pic courtesy of Familyapproved

hari ni Resipi Manisan Ramadhan kita ialah Sagu Gula Melaka Bersantan Ala Dilot.. (nama harus lah gah ye pemirsa sekalian)

bahan-bahan

1.Gula Melaka

2.Gula Kabung/Gula Merah

3.Gula Putih biasa aka gula prai (sedikit sahaja digunakan)

4.beberapa helai daun pandan

5.Santan fresh (santan fresh wangi ye bau dia ye puan-puan,takde santan fresh boleh juga guna santan kotak tu)

6. Sagu

cara-cara masak ye puan-puan

1. masak gula (campur semua gula kabung + melaka + pasir),masak sampai pekat,puan-puan agak-agak la nak manis macam mana..letak daun pandan kasik wangi gla tu,bila dah pekat,tapis gula tu kalau ada gula kabung tak hancur

2. set aside gula dah masak tu

3. basuh sagu atas tapis,masak sagu secara kukus ya (cara saya,ada yg masak terus),sagu yang masak berwarna jernih/tranparent

4. santan(fresh coconut milk) letak sikit garam (secukup rasa),sejukkan dalma peti ais

cara menghidangkan Sagu Gula Melaka Bersantan Ala Dilot ni

scoop sagu yang dah masak kedalam mangkuk, siram kan dengan santan sejuk yang fresh,kemudian letak gula pekat ke atasnya

letak sekuntum bunga orkid untuk hiasan,kalau teringin nak makan,silalah,tercekik..saya tak tanggung

siap di hidang dan meng impress kan mertua anda semua..hehehe

selamat mencuba,dan selamat menjalani ibadah puasa

p/s:: tapi jap lagi saya nak buat pudding roti je..cepat sket,tak yah masak-masak..resipi Puding Roti ala Ziyyad akan di berikan untuk rancangan esok ye puan-puan

p/p/s:: Jiji,aku tau ko suka sagu gula melaka kan?

10 comments:

littlemama said...

me cuma ada bekas cantik untuk letak sagu gula melaka bersantan..bawak bekas cantik tu ke MIL boleh jugak kan.. letak makanan masa buka... impress la jugak.. pastu bawak balik bekas yang diisi bekalan dari MIL..ha..ha

Jiji said...

Haaaa dah tau aku suka tuh apa lagikkk!!!!!!!!!!!! *ehem-buatkannnn-ehem*

joegrimjow said...

kencing manis la mak mertua nanti

lin said...

baru je wt puding roti 1-2ari lepas..hehe..

yaya said...

adoi dah lama tak wat sago gula melaka ni, tgk blog hang ni buat aku tingin plak...

si kurus said...

wah wah cm sedap je ni:) nnt nk try la~

JeP said...

sedapnyer! :p

Farah said...

sago gula melaka ni mmg senang nak buat..tiba2 teringin plak nk makan hehe..

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

tq 4 d recipe
suka tp tak penah buat..
senang rupanyer buat ye.. mmg kena kukus la ekk...
kukus letak dalam bekas sesiap la ekk??

Anasfadilah said...

yup kukus letak dalam bekas siap-siap..jadi senang..yg cara masak direct tu saya tak reti.