Pages

05 June 2009

*contemplating*

malam semalam,saya melihat Ziyyad tidur..ingin saja saya bangunkan dia untuk di ajak bermain bersama

malam-malam begitu buat saya rasa sayu

melihat Ziyyad enak di ulit mimpi,saya dengki padanya

ntah apa yang dmimpikan pun saya tak tahu

Ziyyad..kalaulah kamu tahu betapa susah hati mama nak lepaskan kamu ke nursery tu

betapa susah lagi hati mama tinggalkan kamu ke rumah pengasuh itu

mama pergi kerja tak tahu apa jadi pada kamu,sayang

mama tak ada sebelah kamu kalau kamu sakit terjatuh pada waktu tu

mama tak tahu kalau kamu di marah bila masa mama di pejabat

kalau ikut kan kata hati mama memang nak sangat kamu jatuh bangun menangis ketawa menjerit riang di depan mama sahaja

biar mama saja yang lihat kamu sepanjang masa

biar mama sapu air mata kamu di kala kamu menangis mahukan susu

biar mama saja yang pujuk kamu di kala kamu jatuh bermain

bilamana kamu tiada di depan mata mama

hanya doa mama pohon,semoga kamu dalam lindungan Allah,semoga mereka ada belas terhadap kamu

bilamana kamu tiada di depan mata mama

kamu tetap dan sentiasa ada dalam hati dan jiwa ini sayang


p/s::baguskan kalau setiap hari adalah ahad

7 comments:

oren said...

dila,

perasaan risau terlampau itu adalah normal, esp pada 1st time mom macam kamu..usahkan kamu, akak yg anak dh 3 nih, setiap kali terpaksa tukar nurseri (atas tuntutan keja, pindah umah dsgb) masih tetap risau..paling risau kalo anak2 tak ngam ngan pengasuh...

pernah terpaksa amik cuti berhari2..sebab nak cari pengasuh baru..kejap2 depa panggil suh amik anak sebab dok keriau tak henti2..sampai letih dok ke hulu, ke hilir...sorang2 plak tu...

sebagai ibu, kita mmg nak yg terbaik utk anak2 kita..tapi realitinya tak seindah itu, kan??

yang penting, kamu kena keraskan hati..pikirkan positif (walaupun mesti ada nak pikir itu ini..)

seni mengkeraskan hati nih perlu, esp utk working mom mcm kita..nak tak nak, kita takde pilihan..

lagipun, ok apa ziyyad p nurseri..at least, dia punya social skills akan lebih baik berbanding kalo duk sorang2 jek..at least, dia ada kawan sebaya yg lain...

Anasfadilah said...

kak oren ::

terima kasih kak oren,kata-kata kak oren memberangsangkan minda saya pagi-pagi ni

keraskan hati that is.

sedih beul saya kak oren..haih.

Hot Mummy said...

dila, mmg klau dh jadi ibu ni naluri kerisauan kita menjadi2 terhadap anak.nak2 nak lepaskan dia pada org lain...tp kena percaya kita buat smua tu pun utk dia..yelah kita nak kerja, cari duit untuk dia gak..lainlah klau kita willing utk jd housewife so, kita xkan tinggalkan dia pada sesapakan..for the 1st mmg ler ada perasaan sangsi smua, tp percayalah lelama nnti ok.

Aku Bukan Bidadari said...

kuatkan hatiii dila..
kita semua pasti boleh..
ibu kena kuat kan..


ps: best jugak kalo ari2 ari ahad...

Jiji said...

tawakal dilot.. setiap kali anis sakit nekad btol aku nak benti keja.. tp bila mak aku knock sum sense.. kendur balik...

atleast kat nursery ni depa takde keja lain .. kalo antar kat pengasuh... depa nak masak laa cuci kain laa apa laa...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

moga ziyad baik2 sajer..jgn terlebey risau nanti satu kerja pun x leh buat..Insya Allah, moga Allah lindungi dier...

MIK'YAL said...

sayu la baca ini entry..
ibu mana yg tanak jaga anak dia 24/7 kan..tp tuntutan hidup buatkan kita terpaksa berkerja..insyaallah everything will b fine..