Pages

07 May 2009

*there is no need to rush*


Ingat tak anda semua,saya ada tulis milestones Ziyyad untuk 9 bulan,yang dia masih lagi belum berdiri sambil pegang furniture and start cruising?


Sejak 3 hari semalam ZIyyad dah boleh. Perlahan-lahan dia tolak badan dia dengan kaki untuk berdiri,sambil berpaut pada badan kami yang tengah berbaring


Setapak demi setapak Ziyyad mula melangkah menyusur dengan berpaut pada badan kami


Cepat sungguh masa berlalu,baru minggu lepas mama ‘komplen’ kamu tak boleh agi berdiri,tengok hari ni..voila! sudah boleh


Hatta kamu belajar berdiri dan crusing pada pukul 2am anakku,mama andbabah tetap layan dan sayangkan kamu


Nampaknye masa sungguh dengkikan kita nak. Masa nak kamu membesar dengan cepat.

Taklama lagi jenuh kami nak kepung kamu berlari kehulur kehilir untuk mengexplore dunia lebih teliti

Sedih la plak..


Banyak baju Ziyyad yang infant saya lipat dan simpan dengan elok. Mungkin akan di hands-me-down ke adik nye.mana nak tahu kan?


Sedang asyik melipat baju infant Ziyyad,saya sedih mengalir air mata. Cepat sungguh kamu membesar anakku.sedar-sedar dah nak dekat setahun. ;’ (


Untuk Ziyyad sayang mama and babah


Walaupun kamu membuatkan kami tak tidur malam kerana bimbang dan risau akan kamu, kamu tetap bertakhta di hati kami


Walaupun kamu membuat kami berjaga malam melayan kerenah kamu untuk bermain, kami tetap sayangkan kamu tiada sempadan


Harapan kami esok besar,kamu jadi orang yang bertakwa,berguna pada agama dan masyarakat,dan sentiasa ihsan pada orang lain. Jangan kamu mula hisap rokok di bangku sekolah,kalau mama tahu siap lah kamu.


p/s::kalau nak tulis surat kat ZIyyad,panjang berjela,20 kajang panjang surat pun belum tentu terluah apa ada dalam hati dan qalbu ni.

7 comments:

Tiara said...

hu hu hu sedih jugak!!!Anak kita sama2 lahir taun tikus (2008) takper insyallah semoga mereka jadi anak yg soleh dan solehah

Elyn said...

cepat je kan dh nak besar......

SyahNur said...

mmg rasa sekejap je masa berlalu... i ni lg la.. sekejap je anak da 3... rasa mcm baru je smlm 1st time pregnantkan kembar... skrg ni tiga2 pun da membesar.. alhamdulillah...

Haslinda said...

hekhek...siok baca entry ni..sb ziyyad n anak saya zhea umur lebih kurang..tp zhea blum paut jalan2 dua tiga lgkah lg..cuma percubaan utk berdiri dah ada dalam masa 2 3 hari ni saja..cepat kan masa berlalu...

Cikpid said...

pejam celik pejam celik dh dkt sethn umur anak..ni mksdnye kene tmbh anak ag ni...tapi biar die besar smapi 2-3 thn dulu..hehehhe

azzamoro said...

memang..lepas ni dia dah tak baby lagi... dia dah toddler...

cepat jerk kan dila.

macam abru jek kite share2 citer pasal pregnancy dulu..

skang anak dah nak besar dah..huhu

mummy_adam said...

sekarang dah jd ibu baru kita tau cemana mak ayah kita jaga n sayang kan kita kan..

alhamdulillah.. anak kita membesar ngan sihat n kuat..

sekejap jer masa berlalu.. indah nyer hidup..