Pages

25 April 2008

::Adakah hati ayam dan lembu boleh di makan?::

Assalamualaikum semua yang sudi baca,hari ni hari jumaat...mari kita tambah ilmu kita nan sedikit hari ini..

semalam,saya dan jiji ada berselisih pendapat tentang.."benarkah hati ayam dan lembu tidak boleh dimakan menurut pandangan Islam"

Jadi,semalam saya telah membelek kitab2 kepunyaan En.Suami. Kebetulan En.Suami dahulunya pernah mendalami ilmu hadith bersama Dr.Asri. Jadi apa yang dapat saya rungkai disini

Mengikut buku karangan Ustaz H.Idris Ahmad S.H,buku berjudul Fiqh Syafii jilid 2 mukasurat 382-383

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w beliau bersabda : "Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Kedua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua jenis darah itu ialah hati dan limpa"

(Riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

Dalam Fiqh Sunnah juga ada mengatakan perkara yang sama,tetapi telah meletakkan hadith ini dalam kumpulan hadith marfu' (hadith yang didengar oleh para sahabat). Tetapi telah disahihkan oleh Imam ahmad (ok...lets not go there...pasal kalau saya bincang bab bahagian nama hadith....dah di kira mendalam sangat..)

Jadi kita amek Fiqh Syafii sudah.

Dalam bab Ilmu Hadith ni ada banyak cabang...kita kena ketahui bahagian nama hadith. Ada banyak bahagian nama hadith...antaranya ialah hadith Mutawatir,hadith Masyur,Hadith Sahih,Hadith Hasan,Hadith Da'if,Hadith Marfu' dan ada beberapa lagi.. (diingatkan disini saya bukan pakar...ini diambil dari buku berjudul: Hadith 40 (terjemahan dan syarahnya) susunan Imam Mahyiddin Abu Zakariyya yahya bin Sharif Al-Nawawi..nak tahu lebih lanjut cari buku ini dan cari guru yang berpengalaman luas dalam ilmu hadith)

Jadi,dibolehkan makan hati dan limpa dari ayam dan lembu (yang halal)..tak de masalah...

bagi preggers yang kurang darah macam saya...silalah makan,kerana kandungan zat besi di dalam hati banyak sekali.

diharap Jiji ok dengan penerangan saya hari ini.Wassalam.

p/s::bicara pasal agama perlu ada hadith yang sahih,dari perawi hadith yang benar...kitab atau buku karangan juga perlu diketahui penulisnya.Mendalami ilmu agama adalah satu pekerjaan sepanjang hayat. Jangan jemu mencari ilmu!(dan pastikan daripada guru yang betul...bukan ajaran sesat...hehehe)

p/p/s::saya belajar sikit2 dari En.Suami...

7 comments:

Jiji, 25 said...

Hehehe tuan empunya diri pon neh makan belasah je. Hati goreng kicap@!~ Sedap@!~

Mrs.R @ Emi said...

saya suka makan hati lembu...
sedappppp......

AnasDila said...

jiji::hati ayam goreng...sedapp wooo! ada dumpling isi hati ayam goreng tak jiji...hehe

emi::saya patut makan hati lembu pasal berbanding hati ayam...hati lembu lagi besar,jadi kesimpulannya makan hati lembu pertambahan darah lagi cepat...hahaha...boleh gitu?hehe

Anonymous said...

sape yg ada high kolestrol atau gout, mkn hati, perut n limpa secara bersederhana

(bukan dr hadis, tp dietician)

AnasDila said...

anon::apa2 pun dalam islam memang kene bersederhana...heheh...thanks for the info though...appreciate it.

Elyn said...

thanks bunda ngan info anda itu.... so far doc lom bg tau yg i nih terkurang or terlebih darah nyer hehehhe... pehtu i plak mmg x ske mkn part dlm2 nih + ler kerang yg u all kate besh..... ekekeek

AnasDila said...

kak elyn::me no eat kerang!rasa macam lembik2 jek...huahuahua..lagipun kerang kotor la..dia penapis toksik dalam laut..

p/s::kerang penang jgn lah makan..kandungan toksik tinggi pasal dikelilingi kilang yang buang sisa dalam longkang stret g laut...euwWW